Monday, 30 October 2017

TIPS-TIPS PENJAGAAN KULIT WAJAH SERTA KESILAPAN YANG KERAP DILAKUKAN

nak cantik tanpa KOS MAHAL ? Sis Nad akan memberi beberapa petua kecantikan dan penjagaan mudah pastinya selamat di samping anda ada menggunakan produk penjagaan kulit yang lain.
untuk masalah kulit muka pon ada 😅

Uolls hanya menggunakan bahan dapur sahaja. Selamat Mencuba !

Untuk pengetahuan semua. kadangkala kita tanpa sedar sebenarnya silap menjaga muka. 





KESILAPAN 1: CUCI MUKA TERLALU KERAP.
ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:
  1. boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci.
  2. kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat.

KESILAPAN 2 : GOSOK MUKA TERLALU KUAT.
Ramai yang ingat bahagian yang ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk keluarkan kotoran dalam liang roma. sebenarnya kira dilarang menggosok kulit terlalu kulit kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kemerah - merahan dan mencederakan kulit dari dalam.


KESILAPAN 3 : SKRUB MUKA TERLALU KERAP.
Skrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit muka nipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal.


KESILAPAN 4 : MEMBIARKAN SYAMPU MUKA TERKENA MUKA
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. kalau terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat. 


KESILAPAN 5 : BIAR PELUH KERING SENDIRI TANPA DILAP
Jangan dibiarkan peluh kering sendiri tanpa dilap. sebaiknya lap muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap ke dalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.


KESILAPAN 6 : BERKONGSI TUALA BADAN DAN TUALA MUKA
Ramai yang buat ini kan ? Lap muka menggunakan tuala badan. sebaiknya asingkan tuala untuk badan dan muka. jika tuala badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.

Selamat membaca dan mencuba. ianya satu manfaat yang perlu dikongsi bersama yang lain.👱👱👱

No comments:

Post a Comment

TIPS MERAWAT MUKA DARIPADA SUNBURN

KERAP TERDEDAH DENGAN SUNBURN ? INGIN MERAWAT SUNBURN ? TAPI TIDAK TAHU CARANYA ? Cuaca panas ni, sis nad rasa nak kongs...